Sunday, July 12, 2009

GOOD LUCK EXAM!!

GOOD LUCK EXAM!!
All the best!!

Saturday, July 11, 2009

PEMBENTANGAN MINI KAJIAN TINDAKAN

PEMBENTANGAN MINI KAJIAN TINDAKAN
12 Julai 2009
9 pagi-5 petang
Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Tuesday, June 9, 2009

Kuliah Minggu 10: ANALISIS DATA

Pn Nor Sakinah Mohamad


Nota Minggu 10: ANALISIS DATA Nota Minggu 10: ANALISIS DATA srsfeqah



Tugasan
-Perincikan Proposal Kajian Tindakan pada Bab Pengumpulan & Analisis Data.
-Submit dalam masa 2 minggu:
*hardcopy: pigeon hole no 36
*emel: nsakinah2001@yahoo.com

Monday, June 8, 2009

Kuliah Minggu 8: PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Hjh Halimah Harun

Sambungan Pembentangan Proposal Kajian Tindakan

Nota Minggu 8: PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
Nota Minggu 8: PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN srsfeqah

Monday, June 1, 2009

Kuliah Minggu 7: PEMBENTUKAN; PENYATAAN MASALAH & TUJUAN/OBJEKTIF/PERSOALAN KAJIAN

Hjh Halimah Harun

SESI PEMBENTANGAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

1. Hjh Halimah telah memanggil beberapa kumpulan untuk membentangkan Proposal Kajian Tindakan masing-masing.
2. Kemudian beliau telah memberikan komen, cadangan penambahbaikan serta pengubahsuaian kepada proposal tersebut.
3. Pelajar yang lain juga diberi peluang untuk mengajukan soalan serta memberikan cadangan kepada para pembentang.

Kumpulan kami merupakan pembentang pertama.

Ahli kumpulan:
Hamizah Liyana Anwar
Lee Sok Leng
Mohd Latiffi Latin
Nik Hidayatul Nursaadah Husin
Siti Rafeqah Samsunanwar

Tajuk proposal:
Meningkatkan Penghayatan Pelajar dalam Subjek Sejarah Melalui Penggunaan Komik

Komen
1. Tajuk proposal perlu diubahsuai, iaitu:
Penghayatan = minat/prestasi/pencapaian
sebab tiada instrumen yang mampu mengukur penghayatan dengan tepat

2. Komik
Komik merupakan sesuatu yang sudah diterbitkan/berada di pasaran.
a. Sekiranya bab tokoh, contoh Tun Mahathir, boleh guna komik 'Dr Who?!' karya kartunis Lat.
b. Sekiranya tiada komik yang berkaitan dengan tajuk, boleh lukis sendiri, tetapi tajuk perlu diubahsuai iaitu:
komik = ilustrasi/kartun.

3. Penambahbaikan
a. Nyatakan peruntukan masa dan kitar untuk Kajian Tindakan
b. Spesifikkan prosedur

Peribadi Mengikut Unsur Alam
Sebelum mengakhiri kelas, seperti yang telah dijanjikan, Hjh Halimah menyampaikan ciri-ciri peribadi seseorang mengikut unsur alam, berdasarkan tarikh lahir.

Berikut antara ciri-ciri individu LOGAM (eg 6 Ogos 1981):
-keras
-kalau mahu sesuatu, berusaha bersungguh-sungguh
-boleh mempengaruhi orang untuk dengar cakap
-kemahiran komunikasi
-peramah & ramai kawan; tidak perlu cari kawan, dicari kawan
-berdikari
-bertanggung jawab
-berkemampuan untuk mendapat kejayaan
-pandai merancang dan mencari peluang
-tersendiri
-perlu travel untuk memantapkan kerjaya dan mematangkan pengalaman
-dihormati org
-mampu berjaya dalam hidup
-kewangan yang kukuh
-sepi (?!!)

footnote: bukan semua tepat utk semua individu..setiap individu 'unik'..

Friday, May 29, 2009

Kuliah Minggu 9: PENGUMPULAN DATA

Pn Nor Sakinah Mohamad

Nota Minggu 9: PENGUMPULAN DATA
Nota Minggu 9: PENGUMPULAN DATA srsfeqah

Wednesday, May 27, 2009

Kuliah Minggu 6: PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Hajah Halimah Harun

Aktiviti 1: 'Ice Breaking'

1. Tulis nama & no matriks di atas sehelai kertas
2. Jawab beberapa soalan, antaranya:
a. Guru yang disukai & sebab
b. Guru yang tidak disukai & sebab
c. Tugas/peranan guru
3. Lukis sebatang pokok, tandatangan & tulis tarikh lahir

Aktiviti 2: Laporan Lisan Kajian Tindakan dalam Seminar Pendidikan Serantau
1. Pelajar berbincang secara berpasangan
2. Pilih 1 Kajian Tindakan dalam Seminar Pendidikan Serantau yang dihadiri & jawab soalan berkaitan apa, kenapa & bagaimana

Laporan Lisan Kajian Tindakan
Laporan Lisan Kajian Tindakan srsfeqah



Tugasan: PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian Tindakan srsfeqah



SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN KAJIAN TINDAKAN


Senarai Nama Ahli Kumpulan Kajian Tindakan
Senarai Nama Ahli Kumpulan Kajian Tindakan srsfeqah

Monday, May 25, 2009

Tugasan 3: LAPORAN ARTIKEL SEMINAR

Tugasan 3 (5%) Individu
Laporan Artikel Seminar

Tarikh: 19-21 Mei 2009

*Seminar Pendidikan Serantau (penyertaan dan laporan dihantar semasa seminar)
*Seminar Penyelidikan Siswazah Kebangsaan (penyertaan)

Laporan Sesi Selari 4D4 Laporan Sesi Selari 4D4 srsfeqah

Sunday, May 24, 2009

Tugasan 2: ANALISIS ARTIKEL JURNAL

Tugasan 2 (10%) Individu
Ulasan dan Analisis Artikel Jurnal Kajian Tindakan

(Tarikh akhir: 26.5.2009)

1) Dapatkan 3 artikel jurnal luar negara yang memerihalkan Kajian Tindakan yang telah dilakukan dalam pendidikan. Lakukan perbandingan (persamaan dan perbezaan), penganalisisan, penilaian, perumusan dan pensintesisan dari segi sampel, setting, prosedur Kajian Tindakan, pengumpulan & penganalisisan data yang dilakukan oleh penulis artikel
2) Laporkan dalam blog individu.
3) Disokong dengan sumber bacaan lain (buku Kajian Tindakan)
4) Upload semua artikel dalam yahoo groups gb5023; ikut folder individu



Ulasan Artikel Jurnal Ulasan Artikel Jurnal srsfeqah

Saturday, May 23, 2009

Tugasan 1: ULASAN BUKU

Tugasan 1 (10%) individu
Ulasan Buku
(Tarikh akhir: 25.05.09)

Ulas 1 buku dalam Bahasa Inggeris tentang Kajian Tindakan, merangkumi:
*Reka bentuk kajian tindakan
*Pengumpulan dan penganalisisan data
*Lapor dalam blog individu

KONSEP
TUJUAN
REKA BENTUK
Model
Sampel/Participant
Setting
PROSEDUR
PENGUMPULAN & PENGANALISISAN DATA
Instrument
Teknik Pengumpulan Data
Teknik Penganalisisan Data
ETIKA
KEBOLEHPERCAYAAN & KESAHAN
PENILAIAN KESELURUHAN




Ulasan Buku Kajian Tindakan
Ulasan Buku Kajian Tindakan srsfeqah

Friday, May 22, 2009

STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KURSUS KAJIAN TINDAKAN BAGI GURU PELATIH oleh Siti Fatimah Mohd Yassin & Halimah Harun

Poster SEMINAR SERANTAU ke-4 dan PERTANDINGAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN NUSANTAR A 2009

STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KURSUS KAJIAN TINDAKAN UNTUK GURU PELATIH oleh Siti Fatimah Mohd Yassin...
STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KURSUS KAJIAN TINDAKAN UNTUK GURU PELATIH oleh Siti Fatimah Mohd Yassin & Halimah Harun srsfeqah

Thursday, May 21, 2009

SEMINAR PENDIDIKAN SERANTAU KE-4 (Hari 3)

SEMINAR PENDIDIKAN SERANTAU KE-4
DAN PERTANDINGAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN NUSANTARA 2009 (Hari 3)


HARI KETIGA: 21 Mei 2009 (Khamis)

8.30 am : Sesi Selari 5
10.00 am : Minum Pagi
10.30 am : Resolusi
11.30 am : Upacara Penutup

Seminar Pendidikan Serantau 2009 Hari 3
Seminar Pendidikan Serantau 2009 Hari 3 srsfeqah

Wednesday, May 20, 2009

SEMINAR PENDIDIKAN SERANTAU ke-4 (Hari 2)

SEMINAR PENDIDIKAN SERANTAU KE-4 DAN PERTANDINGAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN NUSANTARA 2009 (Hari 2)

HARI KEDUA: 20 Mei 2009 (Rabu)

8.30 am : Sesi Selari 3
10.00 am: Minum Pagi
12.30 pm: Makan Tengahari
2.00 pm : Ucap Utama 2 oleh Prof. Datin Dr Siti Rahayah Ariffin (Dekan Pendidikan, UKM)
2.00 pm : Sesi Selari 4
4.30 pm : Minum Petang

Seminar Pendidikan Serantau 2009 Hari 2 Seminar Pendidikan Serantau 2009 Hari 2 srsfeqah

Tuesday, May 19, 2009

SEMINAR PENDIDIKAN SERANTAU ke-4 (Hari 1)

SEMINAR PENDIDIKAN SERANTAU KE-4 DAN PERTANDINGAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN NUSANTARA 2009

“Ke Arah Keunggulan Universiti Penyelidikan”
18-21 Mei 2009
Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia


Anjuran
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Riau (UNRI)


HARI PERTAMA: 19 Mei 2009 (Selasa)

8.00 am : Pendafataran
9.00 am : Ucap Utama oleh Dr Yanuar, Timbalan Rektor II, UNRI
10.00 am: Minum Pagi
10.30 am: Sesi Selari 1
12.30 pm: Makan Tengahari
2.00 pm : Upacara Perasmian oleh Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
3.30 pm : Sesi Selari 2
4.30 pm : Minum Petang


Seminar Pendidikan Serantau 2009 Hari 1 Seminar Pendidikan Serantau 2009 Hari 1 srsfeqah

Monday, May 18, 2009

KAJIAN TINDAKAN SMS BERANTAI (Kitar 3)

SMS BERANTAI (KITAR 3)

SMS BERANTAI terus dipraktikkan sebagai salah satu kaedah untuk menyalurkan informasi di kalangan pelajar DPLI UKM Jan-09. Bukan hanya subjek Kajian Tindakan Dalam Pendidikan (GGGB 5023), kaedah SMS Berantai juga dilaksanakan dalam subjek lain. Pada kitar 3, SMS Berantai diguna pakai bagi penyebaran maklumat bagi subjek Sekolah & Masyarakat (GGGD 5022.)

KEPUTUSAN SMS BERANTAI (Kitar 3)

Tarikh: 16/5/9 (Sabtu)
Masa mula: 11.30pm
Pencapaian: 100%

Catatan
Setelah melalui 3 kitar, kaedah SMS Berantai memberikan keputusan yang SANGAT BAIK. Kaedah ini terbukti BOLEH DITERUSKAN dalam proses menyalurkan informasi kepada semua pelajar DPLI UKM Jan-09 serta BOLEH DIPERBAIKI dari semasa ke semasa.

Harapan
Semoga semua pelajar SALING BEKERJASAMA dan MENGINGATI dalam menghebahkan sebarang informasi kepada kawan-kawan yang lain. Pelajar juga diminta agar sentiasa bersikap POSITIF dan TIDAK BERKIRA dalam melaksanakan SMS BERANTAI khususnya & proses menyampaikan informasi umumnya.

Penghargaan
TAHNIAH kepada semua yang telah memberikan kerjasama yang sangat bagus!!

TERIMA KASIH & TERUSKAN BERTINDAK!!

Sunday, May 17, 2009

KAJIAN TINDAKAN SMS BERANTAI (Kitar 2)

SMS BERANTAI (KITAR 2)

Pengaplikasian kaedah SMS BERANTAI dalam proses menyalurkan informasi bagi subjek KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN GGGB 5023 diteruskan. Penambahbaikan dilakukan bagi memastikan keberkesanan kaedah ini.

KEPUTUSAN SMS BERANTAI (Kitar 2)

Tarikh: 15/5/9 (Jumaat)
Masa: 9.30 malam-6.30 pagi
Pencapaian: 91% (105/115 orang)

Catatan
1) 6 kumpulan BERJAYA melengkapkan kitaran, iaitu informasi berjaya diforward kepada semua ahli kumpulan melalui SMS Berantai
2) 2 kumpulan masih BELUM berjaya mengaplikasikan kaedah SMS Berantai

Sebab-sebab SMS Berantai Kitar 2 SEMAKIN BERJAYA
a-Kesedaran & motivasi diri
b-Sikap bertanggung jawab
c-Naluri bekerjasama

Penambahbaikan
1) Bagi kumpulan yang masih belum berjaya, sila berusaha seterusnya BERTINDAK!!
2) Kekalkan sifat POSITIF dalam diri

Penghargaan
TAHNIAH & TERIMA KASIH kepada semua yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik

Nota Kaki
Keputusan SMS BERANTAI KITAR 3 (17/5/9) bagi Subjek SEKOLAH & MASYARAKAT akan diberitahu kemudian

Penutup
Ar-Ra’du ayat 11
“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri”

SELAMAT BERTINDAK!!

Saturday, May 16, 2009

KAJIAN TINDAKAN SMS BERANTAI (Kitar 1)

SMS BERANTAI (KITAR 1)

Seperti sedia maklum, selaku ketua subjek, saya mengaplikasikan kaedah SMS BERANTAI dalam proses menyalurkan informasi bagi subjek KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN GGGB 5023 . Buat masa ini, 2 kitar (cycles) telah dilaksanakan.

KEPUTUSAN SMS BERANTAI (Kitar 1)

Tarikh: 13/5/9 (Rabu)
Masa: 7.45 pagi-7.45 malam
Pencapaian: 48% (55/115 orang)

Catatan
1) TIADA kumpulan berjaya menyalurkan informasi secara SMS Berantai kepada semua ahli dalam kumpulan masing-masing
2) 1 kumpulan HAMPIR BERJAYA; NAMUN terhenti pada orang ke-2 akhir
3) 1 kumpulan BERJAYA menyalurkan informasi kepada semua ahli kumpulan, TAPI bukan secara SMS Berantai

Sebab-sebab SMS BERantai Kitar 1 kurang berjaya:
a-TIDAK TAHU itu SMS Berantai (sebab tidak tulis kod SMS Berantai)
b-TIDAK SAVE NOMBOR TELEFON ahli kumpulan (yang sepatutnya)
c-TERLUPA nak forward
d-TERTINGGAL telefon
e-MASALAH TEKNIKAL/TALIAN (dah forward tapi tak dapat)
f-Telefon ROSAK

Penambahbaikan
1) SMS Berantai perlu menggunakan KOD (Contoh: SMS BERANTAI KAJIAN TINDAKAN. Sila 4wd)
2) Orang terakhir perlu SMS kepada ketua subjek sebagai makluman kitar selesai bagi kumpulan tersebut
3) Setiap individu perlu SAVE NOMBOR TELEFON AHLI KUMPULAN yang mem-forward & di-forward
4) Setiap individu perlu mempunyai sikap BERTANGGUNG JAWAB & saling BEKERJASAMA

Penghargaan
TAHHNIAH & TERIMA KASIH kepada semua yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik

Nota Kaki
1) Keputusan SMS BERANTAI KITAR 2 (16/5/9) akan diberitahu kemudian
2) 4 kumpulan telah BERJAYA melaksanakan misi SMS Berantai Kitar 2. Tahniah & Terima kasih

Wednesday, May 13, 2009

Kuliah Minggu 4; KAJIAN KEPUSTAKAAN

KULIAH 4: KAJIAN KEPUSTAKAAN
(Dr Hjh Siti Fatimah Mohd Yassin)


GGGB 5023 Minggu 4 GGGB 5023 Minggu 4 srsfeqah

KAJIAN TINDAKAN TERHADAP SMS BERANTAI

SMS BERANTAI DI KALANGAN PELAJAR DPLI UKM (Januari 2009)

Pengenalan
Kaedah SMS Berantai telah dilaksanakan bagi meyampaikan 1 maklumat kepada 115 orang pelajar DPLI. Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh : 13 Mei 2009 (Bermula pukul 8 pagi)
Organisasi : DPLI UKM (Januari 2009)
Bilangan ahli : 115 orang (8 kumpulan)
Kumpulan 1 (14 orang)
Kumpulan 2 (15 orang)
Kumpulan 3 (14 orang)
Kumpulan 4 (14 orang)
Kumpulan 5 (14 orang)
Kumpulan 6 (15 orang)
Kumpulan 7 (14 orang)
Kumpulan 8 (15 orang)

Pendahuluan
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat di kalangan individu dalam sesebuah kumpulan/organisasi, antaranya:
1.Komunikasi lisan (melalui telefon atau bersemuka)
2.Emel berantai/Yahoo Messenger (YM)
3.SMS berantai

Apa itu SMS Berantai?
SMS Berantai merupakan 1 kaedah untuk menyalurkan maklumat kepada semua individu; terutama dalam kumpulan dan organisasi yang besar & ramai

Apa tujuan SMS Berantai?
1.Menyalurkan maklumat kepada semua individu dalam 1 kumpulan dan organisasi
2.Memastikan maklumat yang disebarkan diterima oleh semua ahli kumpulan dan organisasi
3.Menjimatkan kredit (telefon bimbit) 1 orang hanya perlu SMS 1 orang sahaja (1 SMS; 1-20 sen)
4.Memupuk sikap bertanggung jawab, bersungguh-sungguh, kerjasama, peka, mengambil berat & tidak mementingkan diri sendiri, di dalam diri setiap individu

Apakah ciri SMS Berantai yang berkesan?
SMS Berantai dianggap berkesan sekiranya SMS diterima oleh semua ahli dalam kumpulan, dalam TEMPOH MASA kurang dari 1 JAM

Pelaksanaan
1.Ketua Subjek (Kajian Tindakan) menghantar SMS kepada semua nama pertama dalam senarai nama ahli setiap kumpulan
2.Ahli pertama perlu forward SMS tersebut kepada nama ke-2, nama ke-2 kepada nama ke-3 dan seterusnya
3.Ahli terakhir dalam setiap kumpulan perlu forward semula SMS tersebut kepada nama pertama dalam kumpulan masing-masing, bagi memastikan cycle SMS Berantai lengkap

Keputusan
Kaedah SMS Berantai dalam menyalurkan maklumat kepada 115 orang pelajar dalam DPLI kurang berkesan kerana sehingga pukul 3 petang (mula pukul 8 pagi), masih ada di kalangan ahli kumpulan yang tidak menerima SMS

Kenapa SMS Berantai tidak berkesan?
Beberapa kemungkinan:
1.Telefon tertinggal
2.Tiada kredit (Ahli yang terima SMS & sepatutnya forward SMS tiada kredit)
3.Tidak perasan ada SMS (Ahli yang menerima SMS sibuk & tidak sedar akan ‘kehadiran’ SMS)
4.Tiada ‘line/coverage/signal’ telefon bimbit
5.Tak dapat nak forward SMS sebab tiada nombor telefon ahli yang patut di-forward-kan SMS (senarai nama tertinggal/hilang/missplace)
6.Telefon bimbit rosak (SMS tak boleh baca)
7.Ada di kalangan ahli yang ada 2 nombor/telefon bimbit, telefon tersebut tertinggal, atau
8.Ada 2 sim card, tapi hanya 1 telefon bimbit (tukar-tukar sim card)
9.Sikap manusia yang malas/tidak bertanggung jawab/tidak peka/tidak mengambil berat/mementingkan diri sendiri/sambil lewa /tidak serius
10.Pelaksanaan SMS Berantai dibuat tanpa kerelaan (tapi sebelum ini pernah sebut nak buat)
11.Tidak tahu itu SMS Berantai

Cadangan
1.Nadiah Yusof mencadangkan letak KOD SMS BERANTAI dalam SMS, supaya setiap individu tahu itu SMS Berantai
2.Nik Hidayatul Nursaadah mencadangkan orang terakhir PERLU FORWAD SEMULA SMS kepada Ketua Subjek Kajian Tindakan, bukan nama pertama dalam ahli kumpulan, bagi memaklumkan cycle selesai

Kesimpulan
Mungkin ada cara lain yang lebih baik dalam menyampaikan maklumat. Namun begitu, kaedah SMS Berantai masih boleh diperbaiki sekiranya semua individu mempunyai sikap bertanggung jawab, bersungguh-sungguh, kerjasama, peka, mengambil berat & tidak mementingkan diri sendiri

Penghargaan
Terima kasih kepada semua individu yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang pelaksanaan SMS Berantai pada 13 Mei 2009

Penutup
Sekiranya ada sebarang cadangan berkaitan SMS Berantai atau kaedah (penyampaian maklumat) lain yang lebih berkesan, sila SMS/emel/YM/telefon atau datang berjumpa saya (F2004). Mohon maaf sekiranya menyusahkan anda semua. Terima kasih.

Thursday, May 7, 2009

ACTION RESEARCH IN TEACHING & LEARNING

ACTION RESEARCH in Teaching & Learning by Lin S. Norton

Contents

1. Putting pedagogical action research into the university context: what are the pressures?
2. Why be a reflective practitioner?
3. Why engage with the scholarship of teaching and learning?
4. What is the case for pedagogical action research?
5. Where do you start a pedagogical action research study?
6. What are the most suitable research methodologies?
7. How can you analyse qualitative data in pedagogical action research?
8. How can you analyse quantitative data in pedagogical action research?
9. How can you develop and adapt pedagogical research tools?
10.What are the ethical issues involved in pedagogical action research?
11.Going public: How can you grow the influence of your findings?

Kuliah Minggu 3; PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Kuliah 3; PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
(Dr Mohd Izham Mohd Hamzah)

GGGB 5023 Minggu 3 GGGB 5023 Minggu 3 srsfeqah



AKTIVITI KERJA KUMPULAN

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan & bincangkan cara penyelesaian

Sebab
1. Sikap manusia yang malas berubah (suka duduk di dalam zon selesa)
2. Setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza (ragam juga berbeza-beza)
3. Tahap kebolehan atau keupayaan manusia yang berbeza (ada yang hebat, sederhana & biasa-biasa sahaja)
4. Perasaan tidak suka (atau benci) kepada orang yang mencadangkan atau melakukan perubahan
5. Berfikiran negatif (Tidak yakin perubahan mampu membawa impak yang positif)
6. Kaedah/cara pelaksanaan perubahan yang tidak atau kurang sesuai
7. Perubahan memerlukan sumber kewangan yang besar (Selalu dikaitkan, perubahan yang besar menggunakan peruntukan yang besar)
8. Perubahan yang membawa kesan negatif

Cara Penyelesaian
1. Ubah sikap, jangan asyik mahu selesa
2. ‘Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam’. Memang tak boleh nak puaskan hati semua pihak. Cara terbaik ialah ikut majoriti, amal demokrasi
3. Bersikap adil, setiap perubahan perlu mengambil kira tahap kebolehan/keupayaan semua pihak
4. ‘Jangan tengok orang yang bercakap, tapi tengok apa yang orang tu cakap’
5. Fikir positif. Perubahan tidak semestinya membawa impak yang negatif
6. Cari dan kaji kaedah/cara pelaksanaan yang sesuai & buat perubahan secara berperingkat. Elakkan membuat perubahan yang drastik, kena guna strategi
7. Menurut Teori Ketidaktentuan dalam Perubahan (teori baru), kadangkala benda yang kecil mampu membawa perubahan yang besar, manakala benda yang besar mungkin hanya membawa perubahan yang kecil. Jangan berkira untuk berubah!
8. Kalau dah jelas perubahan membawa impak yang negatif, memang terpaksa menentang perubahan!

Tuesday, April 28, 2009

Kuliah Minggu 2; REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Kuliah 2; REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
(Dr Hjh Siti Fatimah Mohd Yassin)

GGGB 5023 Minggu 2
GGGB 5023 Minggu 2 srsfeqah



Kajian Tindakan berlaku dalam beberapa kitaran. Terdapat pelbagai reka bentuk Kajian Tindakan. Antaranya:

Coghlan & Brannick 2001


Kemmis & McTaggart 1988
Lain-lain




AKTIVITI 1

Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru,
Refleksi ke atas masalah dalam diri anda
-Senaraikan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda
-Rancang pelan tindakan untuk menambah baik
• matlamat
• objektif
-Pelan tindakan
• nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil
• rancang bagaimana ingin mengumpul data
• bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan
• bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksanakan tercapai

Masalah
Kurang persediaan dan perancangan dalam pelajaran dan kehidupan

Penambahbaikan
Membuat perancangan yang lebih teratur dalam pelajaran dan kehidupan

Matlamat
-Menamatkan pelajaran

Objektif
-Menamatkan pelajaran dengan cemerlang
-Boleh mengaplikasikan ilmu yang dipelajari kepada orang lain

Pelan tindakan
Langkah-langkah yang perlu diambil
-menyenaraikan matlamat dan objektif dalam kehidupan
Cara kumpul data
-mengkaji semula perjalanan dan pencapaian dalam kehidupan
-meneliti semula perancangan yang pernah dan telah dibuat
Cara pantau
-membuat carta alir, contoh: Hala tuju dalam pelajaran
-memastikan setiap fasa dalam perancangan dilaksanakan dalam masa yang sepatutnya
Cara menilai
-meneliti pencapaian dan perkembangan dari semasa ke semasa melalui carta alir

AKTIVITI 2

-Bentuk 1 kumpulan 3 orang dalam bidang yang sama
(1 ketua, 1 pencatat, 1 pembentang)
-Selepas mengikuti kursus Kaedah Mengajar
-Refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam pengajaran & pembelajaran sesuatu tajuk
-Cadangkan 1 strategi/kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut

-Refleksi Masalah
Kebergantungan kepada penggunaan teknologi/ICT
Contoh: terlalu menggunakan laptop dan LCD semasa mengajar

-Strategi
Menggunakan kaedah mengajar alternatif
>Pengajaran berpusatkan pelajar (student-centered learning)
-pembelajaran koperatif (cooperative learning)
-sumbang saran (brainstorming)
-question-answer

Pembelajaran Koperatif
Terdapat pelbagai teknik yang digunakan dalam pembelajaran koperatif. Antaranya:

• Think-Pair-Share
• STAD (Student Team Achievement Division)
• Jigsaw
• Numbered Heads Together
• Three-Step Interview
• Round Robin Brainstorming
• Three-Minute Review
• Two Minute Paper
• Pose a Question-All Write-Discuss
• TAI (Team Assisted Individualization)


Think, Pair, Share
Pengajar atau guru memberikan satu masalah atau soalan berbentuk terbuka, yang mempunyai pelbagai jawapan kepada pelajar. Kemudian, guru membiarkan pelajar berfikir mengenai soalan tersebut. Dalam tempoh masa berfikir (think time), guru memberi petunjuk bagi membantu pelajar untuk mendapatkan jawapan yang sesuai. Selepas itu, guru menyuruh pelajar untuk membincangkan jawapan mereka dengan pasangan masing-masing. Setiap pasangan bekerjasama dalam berbincang, bertukar-tukar jawapan serta berkongsi idea. Akhirnya, guru meminta setiap pasangan untuk memberitahu jawapan mereka kepada pasangan-pasangan lain atau rakan-rakan sekelas.


Kuliah Minggu 1; JENIS KAJIAN TINDAKAN

Kuliah 1; JENIS KAJIAN TINDAKAN
(Dr Hjh Siti Fatimah Mohd Yassin)


GGGB 5023 Minggu 1 GGGB 5023 Minggu 1 srsfeqah

ACTION RESEARCH IN TEACHING AND LEARNING

ACTION RESEARCH in Teaching & Learning by Lin S. Norton


Lin S. Norton is Professor of Pedagogical Research and Dean of Learning & Teaching at Liverpool Hope University. She was awarded a National Teaching Fellowship in 2007 and continues to champion the importance of learning and teaching by extensively publishing in journals and books.

Action Research for Teaching and Learning offers readers practical advice on how to research their own practice in a higher-education context. it has been written specifically to take the reader through each stage of the action research process with the ultimate goal of producing a research study which is publishable. Cognisant of the sector's view on what is perceived to be 'mainstream research', the author also written a substantial theoretical section which justifies the place of pedagogical action research to reflective practice and the scholarship of teaching and learning.

Monday, April 27, 2009

ACTION RESEARCH & REFLECTIVE PRACTICE

FSSK POST GRADUATE COLLOQIUM
ACTON RESEARCH AND REFLECTIVE PRACTICE SEMINAR

Jean McNiff
Visiting Professor, School of Language Studies & Linguistics
Universiti Kebangsaan Malaysia


The seminar was about creating educational knowledge. It might be seen as a knowledge-creating process. The key questions in the seminar were:

-What is involved in doing action research?
-Why should I do action research?
-What is involved in reflective practice?
-Why should I reflect on my practice?
-What are the links between action research and reflective research?

Purposes of research
i) The purpose of all research is to create new knowledge and generate new theory; and then to test the validity of the theory that constitutes the claim to knowledge.
ii) The purpose of action research is to improve practice, and to generate theory that is grounded in the process of improving practice, and test the validity of the knowledge claim that practice has been improved, by referring to the evidence base which contains descriptions and explanations for the improvement.
iii) The purpose of reflection is to become aware of ones own ontological and epistemological stance in the world, and check whether one is exercising critical engagement in one’s own learning and the learning of others.

Spectator perspectives and insider perspectives
Much research is done from a spectator perspective. The researcher stands outside the situations and asks, “What are those people over there doing? How can their actions be understood?”
Action research is done from an insider perspective. The researcher sees themselves as part of the situation they are researching, and asks, “What am I doing? How do I understand myself, so that I can hold myself accountable for my actions?”

Typology, emerging ideas and shifting paradigms
Ideas emerge over time and constitute paradigm shifts. Some useful typologies are:

Typologies of knowledge
Different kinds of knowledge exist, for example:
>Know-that
>Know-how
>Know-this
>Personal knowing

Typologies of human interests
Human interests may be understood as:
>Technical interests
>Practical interests
>Emancipatory interests
>Relational interests

Typologies of research paradigms as ways of organizing experiences
Examples of research paradigms:
>Technical rational research
>Interpretive research
>Critical research
>Action research

How to do action research
Doing action research involves asking yourself, ‘How do I improve what I am doing?’

Here is a useful action plan:
+What is my concern?
+Why am I concerned?
+What experiences can I describe to show why I am concerned?
+What can I do about it?
+What will I do about it?
+What kind of data will I gather to show the situation as it unfolds?
+How do I explain my educational influences in learning?
+How do I ensure that any conclusions I come to are reasonably fair and accurate?
+How do I explain the significance of my work?
+How do I evaluate the validity of my work?
+How do I evaluate the validity of my evidence-based account of practice?
+How do I modify my concerns, ideas and practices in the light of my evaluation?

For more, do click
ActionResearch.net
jeanmcnif.com

Sunday, April 26, 2009

BAHAN BACAAN ASAS

BUKU RUJUKAN

Altrichter, H. 2008. Teachers Investigate Their Work : An Introduction To Action Research Across The Professions. London : Routledge (PTSL LB1028.24 .T4336 2008)

Koshy, V. 2005. Action Research For Improving Practice : A Practical Guide. London : Paul Chapman Pub (PTSL LB1028.24 .K676)

Norton, L. S. 2009. Action Research In Teaching And Learning : A Practical Guide To Conducting Pedagogical Research In Universities. London : Routledge. (PTSL LB1028.24 .N677)

Somekh, B. 2006. Action Research : A Methodology For Change And Development. Berkshire, England : Open University Press. (PTSL H62.S72485)

Stringer, E. T. 2004. Action Research In Education. Upper Saddle River, N. J. : Pearson/Merrill/Prentice Hall. (PTSL pasca LB1028.24)

Saturday, April 25, 2009

TABURAN PENILAIAN

TUGASAN GGGB 5023

Tugasan 1 (10%) individu
(Tarikh akhir: 25.05.09)
Ulas 1 buku dalam Bahasa Inggeris tentang Kajian Tindakan, merangkumi:
*Reka bentuk kajian tindakan
*Pengumpulan dan penganalisisan data
*Lapor dalam blog individu

Tugasan 2 (10%) individu
(Tarkh akhir: 25.05.09)
Ulas dan Analisis Artikel Jurnal Kajian Tindakan
*Dapatkan 3 artikel jurnal luar negara yang memerihalkan kajian tindakan yang telah dilakukan dalam pendidikan
*Buat perbandingan (persamaan dan perbezaan) dari segi prosedur kajian tindakan yang dilakukan
*Laporkan dalam blog individu
*Upload semua artikel dalam yahoogroups http://groups.yahoo.com/group/gb5023-jan09/

Tugasan 3 (5%)
Laporan Artikel Seminar
*Seminar Pendidikan Serantau (penyertaan dan laporan dihantar semasa seminar) 18-21.05.09
*Seminar Penyelidikan Siswazah Kebangsaan (penyertaan)

Tugasan 4 (15%) berpasukan
Projek mini kajian tindakan A
(Tarikh akhir: 29.06.09 & 06.07.09)
*Lakukan satu kajian tindakan kolaboratif dalam kelas pengajaran mikro dan makro
*Laporkan dalam bentuk artikel kertas seminar dan bentangkan pada minggu ke 11 dan 12 (29.06.09 & 06.07.09)

Tugasan 5 (30%) berpasukan
Projek kajian tindakan kolaboratif B
*Lakukan satu kajian tindakan kolaboratif di sekolah semasa latihan mengajar
*Laporkan dalam bentuk artikel kertas seminar dan bentangkan pada Kolokium DPLI 2009 (30-31.10.09)

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN GGGB 5023

Kursus
Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Kod Kursus
GGGB 5023

Pensyarah
Dr Hajah Siti Fatimah Mohd Yassin (penyelaras)
Dr Mohd Izham Hamzah
Hajah Halimah Harun
Puan Norsakinah Mohamed

Kandungan Kursus
Minggu 1 (20.04.09)
Pengenalan Kursus
Pengenalan Kajian Tindakan

Minggu 2 (27.04.09)
Reka Bentuk Kajian Tindakan

Minggu 3 (04.05.09)
Teori Perubahan

Minggu 4 (11.05.09)
Kajian Kepustakaan/Tinjauan Literatur

Minggu 5 (18-21.05.09)
Seminar Pendidikan Serantau

Minggu 6 (25.05.09)
Proposal Kajian Tindakan

Minggu 7 (01.06.09)
Pembentukan:
Penyataan Masalah
Tujuan/objektif/persoalan kajian

Minggu 8 (08.06.09)
Prosedur Kajian Tindakan

Minggu 9 (15.06.09)
Pengumpulan data

Minggu 10 (22.06.09)
Analisis data

Minggu 11 (29.06.09)
Pembentangan Mini Kajian Tindakan

Minggu 12 (06.07.09)
Pembentangan Mini Kajian Tindakan