1. Tulis nama & no matriks di atas sehelai kertas 2. Jawab beberapa soalan, antaranya: a. Guru yang disukai & sebab b. Guru yang tidak disukai & sebab c. Tugas/peranan guru 3. Lukis sebatang pokok, tandatangan & tulis tarikh lahir
Aktiviti 2: Laporan Lisan Kajian Tindakan dalam Seminar Pendidikan Serantau 1. Pelajar berbincang secara berpasangan 2. Pilih 1 Kajian Tindakan dalam Seminar Pendidikan Serantau yang dihadiri & jawab soalan berkaitan apa, kenapa & bagaimana
Tugasan 2 (10%) Individu Ulasan dan Analisis Artikel Jurnal Kajian Tindakan (Tarikh akhir: 26.5.2009)
1) Dapatkan 3 artikel jurnal luar negara yang memerihalkan Kajian Tindakan yang telah dilakukan dalam pendidikan. Lakukan perbandingan (persamaan dan perbezaan), penganalisisan, penilaian, perumusan dan pensintesisan dari segi sampel, setting, prosedur Kajian Tindakan, pengumpulan & penganalisisan data yang dilakukan oleh penulis artikel 2) Laporkan dalam blog individu. 3) Disokong dengan sumber bacaan lain (buku Kajian Tindakan) 4) Upload semua artikel dalam yahoo groups gb5023; ikut folder individu
Tugasan 1 (10%) individu Ulasan Buku (Tarikh akhir: 25.05.09)
Ulas 1 buku dalam Bahasa Inggeris tentang Kajian Tindakan, merangkumi: *Reka bentuk kajian tindakan *Pengumpulan dan penganalisisan data *Lapor dalam blog individu
KONSEP TUJUAN REKA BENTUK Model Sampel/Participant Setting PROSEDUR PENGUMPULAN & PENGANALISISAN DATA Instrument Teknik Pengumpulan Data Teknik Penganalisisan Data ETIKA KEBOLEHPERCAYAAN & KESAHAN PENILAIAN KESELURUHAN
SEMINAR PENDIDIKAN SERANTAU KE-4 DAN PERTANDINGAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN NUSANTARA 2009 “Ke Arah Keunggulan Universiti Penyelidikan” 18-21 Mei 2009 Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Riau (UNRI)
HARI PERTAMA: 19 Mei 2009 (Selasa)
8.00 am : Pendafataran 9.00 am : Ucap Utama oleh Dr Yanuar, Timbalan Rektor II, UNRI 10.00 am: Minum Pagi 10.30 am: Sesi Selari 1 12.30 pm: Makan Tengahari 2.00 pm : Upacara Perasmian oleh Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia 3.30 pm : Sesi Selari 2 4.30 pm : Minum Petang
SMS BERANTAI terus dipraktikkan sebagai salah satu kaedah untuk menyalurkan informasi di kalangan pelajar DPLI UKM Jan-09. Bukan hanya subjek Kajian Tindakan Dalam Pendidikan (GGGB 5023), kaedah SMS Berantai juga dilaksanakan dalam subjek lain. Pada kitar 3, SMS Berantai diguna pakai bagi penyebaran maklumat bagi subjek Sekolah & Masyarakat (GGGD 5022.)
KEPUTUSAN SMS BERANTAI (Kitar 3)
Tarikh: 16/5/9 (Sabtu) Masa mula: 11.30pm Pencapaian: 100%
Catatan Setelah melalui 3 kitar, kaedah SMS Berantai memberikan keputusan yang SANGAT BAIK. Kaedah ini terbukti BOLEH DITERUSKAN dalam proses menyalurkan informasi kepada semua pelajar DPLI UKM Jan-09 serta BOLEH DIPERBAIKI dari semasa ke semasa.
Harapan Semoga semua pelajar SALING BEKERJASAMA dan MENGINGATI dalam menghebahkan sebarang informasi kepada kawan-kawan yang lain. Pelajar juga diminta agar sentiasa bersikap POSITIF dan TIDAK BERKIRA dalam melaksanakan SMS BERANTAI khususnya & proses menyampaikan informasi umumnya.
Penghargaan TAHNIAH kepada semua yang telah memberikan kerjasama yang sangat bagus!!
Pengaplikasian kaedah SMS BERANTAI dalam proses menyalurkan informasi bagi subjek KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN GGGB 5023 diteruskan. Penambahbaikan dilakukan bagi memastikan keberkesanan kaedah ini.
Catatan 1) 6 kumpulan BERJAYA melengkapkan kitaran, iaitu informasi berjaya diforward kepada semua ahli kumpulan melalui SMS Berantai 2) 2 kumpulan masih BELUM berjaya mengaplikasikan kaedah SMS Berantai
Sebab-sebab SMS Berantai Kitar 2 SEMAKIN BERJAYA a-Kesedaran & motivasi diri b-Sikap bertanggung jawab c-Naluri bekerjasama
Penambahbaikan 1) Bagi kumpulan yang masih belum berjaya, sila berusaha seterusnya BERTINDAK!! 2) Kekalkan sifat POSITIF dalam diri
Penghargaan TAHNIAH & TERIMA KASIH kepada semua yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik
Nota Kaki Keputusan SMS BERANTAI KITAR 3 (17/5/9) bagi Subjek SEKOLAH & MASYARAKAT akan diberitahu kemudian
Penutup Ar-Ra’du ayat 11 “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri”
Seperti sedia maklum, selaku ketua subjek, saya mengaplikasikan kaedah SMS BERANTAI dalam proses menyalurkan informasi bagi subjek KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN GGGB 5023 . Buat masa ini, 2 kitar (cycles) telah dilaksanakan.
Catatan 1) TIADA kumpulan berjaya menyalurkan informasi secara SMS Berantai kepada semua ahli dalam kumpulan masing-masing 2) 1 kumpulan HAMPIR BERJAYA; NAMUN terhenti pada orang ke-2 akhir 3) 1 kumpulan BERJAYA menyalurkan informasi kepada semua ahli kumpulan, TAPI bukan secara SMS Berantai
Sebab-sebab SMS BERantai Kitar 1 kurang berjaya: a-TIDAK TAHU itu SMS Berantai (sebab tidak tulis kod SMS Berantai) b-TIDAK SAVE NOMBOR TELEFON ahli kumpulan (yang sepatutnya) c-TERLUPA nak forward d-TERTINGGAL telefon e-MASALAH TEKNIKAL/TALIAN (dah forward tapi tak dapat) f-Telefon ROSAK
Penambahbaikan 1) SMS Berantai perlu menggunakan KOD (Contoh: SMS BERANTAI KAJIAN TINDAKAN. Sila 4wd) 2) Orang terakhir perlu SMS kepada ketua subjek sebagai makluman kitar selesai bagi kumpulan tersebut 3) Setiap individu perlu SAVE NOMBOR TELEFON AHLI KUMPULAN yang mem-forward & di-forward 4) Setiap individu perlu mempunyai sikap BERTANGGUNG JAWAB & saling BEKERJASAMA
Penghargaan TAHHNIAH & TERIMA KASIH kepada semua yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik
Nota Kaki 1) Keputusan SMS BERANTAI KITAR 2 (16/5/9) akan diberitahu kemudian 2) 4 kumpulan telah BERJAYA melaksanakan misi SMS Berantai Kitar 2. Tahniah & Terima kasih
SMS BERANTAI DI KALANGAN PELAJAR DPLI UKM (Januari 2009)
Pengenalan Kaedah SMS Berantai telah dilaksanakan bagi meyampaikan 1 maklumat kepada 115 orang pelajar DPLI. Butiran adalah seperti berikut:
Tarikh : 13 Mei 2009 (Bermula pukul 8 pagi) Organisasi : DPLI UKM (Januari 2009) Bilangan ahli : 115 orang (8 kumpulan) Kumpulan 1 (14 orang) Kumpulan 2 (15 orang) Kumpulan 3 (14 orang) Kumpulan 4 (14 orang) Kumpulan 5 (14 orang) Kumpulan 6 (15 orang) Kumpulan 7 (14 orang) Kumpulan 8 (15 orang)
Pendahuluan Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat di kalangan individu dalam sesebuah kumpulan/organisasi, antaranya: 1.Komunikasi lisan (melalui telefon atau bersemuka) 2.Emel berantai/Yahoo Messenger (YM) 3.SMS berantai
Apa itu SMS Berantai? SMS Berantai merupakan 1 kaedah untuk menyalurkan maklumat kepada semua individu; terutama dalam kumpulan dan organisasi yang besar & ramai
Apa tujuan SMS Berantai? 1.Menyalurkan maklumat kepada semua individu dalam 1 kumpulan dan organisasi 2.Memastikan maklumat yang disebarkan diterima oleh semua ahli kumpulan dan organisasi 3.Menjimatkan kredit (telefon bimbit) 1 orang hanya perlu SMS 1 orang sahaja (1 SMS; 1-20 sen) 4.Memupuk sikap bertanggung jawab, bersungguh-sungguh, kerjasama, peka, mengambil berat & tidak mementingkan diri sendiri, di dalam diri setiap individu
Apakah ciri SMS Berantai yang berkesan? SMS Berantai dianggap berkesan sekiranya SMS diterima oleh semua ahli dalam kumpulan, dalam TEMPOH MASA kurang dari 1 JAM
Pelaksanaan 1.Ketua Subjek (Kajian Tindakan) menghantar SMS kepada semua nama pertama dalam senarai nama ahli setiap kumpulan 2.Ahli pertama perlu forward SMS tersebut kepada nama ke-2, nama ke-2 kepada nama ke-3 dan seterusnya 3.Ahli terakhir dalam setiap kumpulan perlu forward semula SMS tersebut kepada nama pertama dalam kumpulan masing-masing, bagi memastikan cycle SMS Berantai lengkap
Keputusan Kaedah SMS Berantai dalam menyalurkan maklumat kepada 115 orang pelajar dalam DPLI kurang berkesan kerana sehingga pukul 3 petang (mula pukul 8 pagi), masih ada di kalangan ahli kumpulan yang tidak menerima SMS
Kenapa SMS Berantai tidak berkesan? Beberapa kemungkinan: 1.Telefon tertinggal 2.Tiada kredit (Ahli yang terima SMS & sepatutnya forward SMS tiada kredit) 3.Tidak perasan ada SMS (Ahli yang menerima SMS sibuk & tidak sedar akan ‘kehadiran’ SMS) 4.Tiada ‘line/coverage/signal’ telefon bimbit 5.Tak dapat nak forward SMS sebab tiada nombor telefon ahli yang patut di-forward-kan SMS (senarai nama tertinggal/hilang/missplace) 6.Telefon bimbit rosak (SMS tak boleh baca) 7.Ada di kalangan ahli yang ada 2 nombor/telefon bimbit, telefon tersebut tertinggal, atau 8.Ada 2 sim card, tapi hanya 1 telefon bimbit (tukar-tukar sim card) 9.Sikap manusia yang malas/tidak bertanggung jawab/tidak peka/tidak mengambil berat/mementingkan diri sendiri/sambil lewa /tidak serius
10.Pelaksanaan SMS Berantai dibuat tanpa kerelaan (tapi sebelum ini pernah sebut nak buat)
11.Tidak tahu itu SMS Berantai
Cadangan
1.Nadiah Yusof mencadangkan letak KOD SMS BERANTAI dalam SMS, supaya setiap individu tahu itu SMS Berantai
2.Nik Hidayatul Nursaadah mencadangkan orang terakhir PERLU FORWAD SEMULA SMS kepada Ketua Subjek Kajian Tindakan, bukan nama pertama dalam ahli kumpulan, bagi memaklumkan cycle selesai
Kesimpulan Mungkin ada cara lain yang lebih baik dalam menyampaikan maklumat. Namun begitu, kaedah SMS Berantai masih boleh diperbaiki sekiranya semua individu mempunyai sikap bertanggung jawab, bersungguh-sungguh, kerjasama, peka, mengambil berat & tidak mementingkan diri sendiri
Penghargaan Terima kasih kepada semua individu yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang pelaksanaan SMS Berantai pada 13 Mei 2009
Penutup Sekiranya ada sebarang cadangan berkaitan SMS Berantai atau kaedah (penyampaian maklumat) lain yang lebih berkesan, sila SMS/emel/YM/telefon atau datang berjumpa saya (F2004). Mohon maaf sekiranya menyusahkan anda semua. Terima kasih.
ACTION RESEARCH in Teaching & Learning by Lin S. Norton
Contents
1. Putting pedagogical action research into the university context: what are the pressures? 2. Why be a reflective practitioner? 3. Why engage with the scholarship of teaching and learning? 4. What is the case for pedagogical action research? 5. Where do you start a pedagogical action research study? 6. What are the most suitable research methodologies? 7. How can you analyse qualitative data in pedagogical action research? 8. How can you analyse quantitative data in pedagogical action research? 9. How can you develop and adapt pedagogical research tools? 10.What are the ethical issues involved in pedagogical action research? 11.Going public: How can you grow the influence of your findings?
Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan & bincangkan cara penyelesaian
Sebab 1. Sikap manusia yang malas berubah (suka duduk di dalam zon selesa) 2. Setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza (ragam juga berbeza-beza) 3. Tahap kebolehan atau keupayaan manusia yang berbeza (ada yang hebat, sederhana & biasa-biasa sahaja) 4. Perasaan tidak suka (atau benci) kepada orang yang mencadangkan atau melakukan perubahan 5. Berfikiran negatif (Tidak yakin perubahan mampu membawa impak yang positif) 6. Kaedah/cara pelaksanaan perubahan yang tidak atau kurang sesuai 7. Perubahan memerlukan sumber kewangan yang besar (Selalu dikaitkan, perubahan yang besar menggunakan peruntukan yang besar) 8. Perubahan yang membawa kesan negatif
Cara Penyelesaian 1. Ubah sikap, jangan asyik mahu selesa 2. ‘Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam’. Memang tak boleh nak puaskan hati semua pihak. Cara terbaik ialah ikut majoriti, amal demokrasi 3. Bersikap adil, setiap perubahan perlu mengambil kira tahap kebolehan/keupayaan semua pihak 4. ‘Jangan tengok orang yang bercakap, tapi tengok apa yang orang tu cakap’ 5. Fikir positif. Perubahan tidak semestinya membawa impak yang negatif 6. Cari dan kaji kaedah/cara pelaksanaan yang sesuai & buat perubahan secara berperingkat. Elakkan membuat perubahan yang drastik, kena guna strategi 7. Menurut Teori Ketidaktentuan dalam Perubahan (teori baru), kadangkala benda yang kecil mampu membawa perubahan yang besar, manakala benda yang besar mungkin hanya membawa perubahan yang kecil. Jangan berkira untuk berubah! 8. Kalau dah jelas perubahan membawa impak yang negatif, memang terpaksa menentang perubahan!