Tuesday, April 28, 2009

Kuliah Minggu 2; REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Kuliah 2; REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
(Dr Hjh Siti Fatimah Mohd Yassin)

GGGB 5023 Minggu 2
GGGB 5023 Minggu 2 srsfeqah



Kajian Tindakan berlaku dalam beberapa kitaran. Terdapat pelbagai reka bentuk Kajian Tindakan. Antaranya:

Coghlan & Brannick 2001


Kemmis & McTaggart 1988
Lain-lain




AKTIVITI 1

Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru,
Refleksi ke atas masalah dalam diri anda
-Senaraikan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda
-Rancang pelan tindakan untuk menambah baik
• matlamat
• objektif
-Pelan tindakan
• nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil
• rancang bagaimana ingin mengumpul data
• bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan
• bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksanakan tercapai

Masalah
Kurang persediaan dan perancangan dalam pelajaran dan kehidupan

Penambahbaikan
Membuat perancangan yang lebih teratur dalam pelajaran dan kehidupan

Matlamat
-Menamatkan pelajaran

Objektif
-Menamatkan pelajaran dengan cemerlang
-Boleh mengaplikasikan ilmu yang dipelajari kepada orang lain

Pelan tindakan
Langkah-langkah yang perlu diambil
-menyenaraikan matlamat dan objektif dalam kehidupan
Cara kumpul data
-mengkaji semula perjalanan dan pencapaian dalam kehidupan
-meneliti semula perancangan yang pernah dan telah dibuat
Cara pantau
-membuat carta alir, contoh: Hala tuju dalam pelajaran
-memastikan setiap fasa dalam perancangan dilaksanakan dalam masa yang sepatutnya
Cara menilai
-meneliti pencapaian dan perkembangan dari semasa ke semasa melalui carta alir

AKTIVITI 2

-Bentuk 1 kumpulan 3 orang dalam bidang yang sama
(1 ketua, 1 pencatat, 1 pembentang)
-Selepas mengikuti kursus Kaedah Mengajar
-Refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam pengajaran & pembelajaran sesuatu tajuk
-Cadangkan 1 strategi/kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut

-Refleksi Masalah
Kebergantungan kepada penggunaan teknologi/ICT
Contoh: terlalu menggunakan laptop dan LCD semasa mengajar

-Strategi
Menggunakan kaedah mengajar alternatif
>Pengajaran berpusatkan pelajar (student-centered learning)
-pembelajaran koperatif (cooperative learning)
-sumbang saran (brainstorming)
-question-answer

Pembelajaran Koperatif
Terdapat pelbagai teknik yang digunakan dalam pembelajaran koperatif. Antaranya:

• Think-Pair-Share
• STAD (Student Team Achievement Division)
• Jigsaw
• Numbered Heads Together
• Three-Step Interview
• Round Robin Brainstorming
• Three-Minute Review
• Two Minute Paper
• Pose a Question-All Write-Discuss
• TAI (Team Assisted Individualization)


Think, Pair, Share
Pengajar atau guru memberikan satu masalah atau soalan berbentuk terbuka, yang mempunyai pelbagai jawapan kepada pelajar. Kemudian, guru membiarkan pelajar berfikir mengenai soalan tersebut. Dalam tempoh masa berfikir (think time), guru memberi petunjuk bagi membantu pelajar untuk mendapatkan jawapan yang sesuai. Selepas itu, guru menyuruh pelajar untuk membincangkan jawapan mereka dengan pasangan masing-masing. Setiap pasangan bekerjasama dalam berbincang, bertukar-tukar jawapan serta berkongsi idea. Akhirnya, guru meminta setiap pasangan untuk memberitahu jawapan mereka kepada pasangan-pasangan lain atau rakan-rakan sekelas.


1 comments:

Huda Hanani said...

Assalamu'alaikum... (^_^)
Blog ni best!!
Suka baca nota yang ada kat sini...
Good job lah Kak Feqah...
Nice one...
(tapi kaler merah memang tak boleh tinggal ek?)..

~HudaY~