Thursday, May 7, 2009

Kuliah Minggu 3; PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Kuliah 3; PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
(Dr Mohd Izham Mohd Hamzah)

GGGB 5023 Minggu 3 GGGB 5023 Minggu 3 srsfeqah



AKTIVITI KERJA KUMPULAN

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan & bincangkan cara penyelesaian

Sebab
1. Sikap manusia yang malas berubah (suka duduk di dalam zon selesa)
2. Setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza (ragam juga berbeza-beza)
3. Tahap kebolehan atau keupayaan manusia yang berbeza (ada yang hebat, sederhana & biasa-biasa sahaja)
4. Perasaan tidak suka (atau benci) kepada orang yang mencadangkan atau melakukan perubahan
5. Berfikiran negatif (Tidak yakin perubahan mampu membawa impak yang positif)
6. Kaedah/cara pelaksanaan perubahan yang tidak atau kurang sesuai
7. Perubahan memerlukan sumber kewangan yang besar (Selalu dikaitkan, perubahan yang besar menggunakan peruntukan yang besar)
8. Perubahan yang membawa kesan negatif

Cara Penyelesaian
1. Ubah sikap, jangan asyik mahu selesa
2. ‘Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam’. Memang tak boleh nak puaskan hati semua pihak. Cara terbaik ialah ikut majoriti, amal demokrasi
3. Bersikap adil, setiap perubahan perlu mengambil kira tahap kebolehan/keupayaan semua pihak
4. ‘Jangan tengok orang yang bercakap, tapi tengok apa yang orang tu cakap’
5. Fikir positif. Perubahan tidak semestinya membawa impak yang negatif
6. Cari dan kaji kaedah/cara pelaksanaan yang sesuai & buat perubahan secara berperingkat. Elakkan membuat perubahan yang drastik, kena guna strategi
7. Menurut Teori Ketidaktentuan dalam Perubahan (teori baru), kadangkala benda yang kecil mampu membawa perubahan yang besar, manakala benda yang besar mungkin hanya membawa perubahan yang kecil. Jangan berkira untuk berubah!
8. Kalau dah jelas perubahan membawa impak yang negatif, memang terpaksa menentang perubahan!

0 comments: