Monday, May 18, 2009

KAJIAN TINDAKAN SMS BERANTAI (Kitar 3)

SMS BERANTAI (KITAR 3)

SMS BERANTAI terus dipraktikkan sebagai salah satu kaedah untuk menyalurkan informasi di kalangan pelajar DPLI UKM Jan-09. Bukan hanya subjek Kajian Tindakan Dalam Pendidikan (GGGB 5023), kaedah SMS Berantai juga dilaksanakan dalam subjek lain. Pada kitar 3, SMS Berantai diguna pakai bagi penyebaran maklumat bagi subjek Sekolah & Masyarakat (GGGD 5022.)

KEPUTUSAN SMS BERANTAI (Kitar 3)

Tarikh: 16/5/9 (Sabtu)
Masa mula: 11.30pm
Pencapaian: 100%

Catatan
Setelah melalui 3 kitar, kaedah SMS Berantai memberikan keputusan yang SANGAT BAIK. Kaedah ini terbukti BOLEH DITERUSKAN dalam proses menyalurkan informasi kepada semua pelajar DPLI UKM Jan-09 serta BOLEH DIPERBAIKI dari semasa ke semasa.

Harapan
Semoga semua pelajar SALING BEKERJASAMA dan MENGINGATI dalam menghebahkan sebarang informasi kepada kawan-kawan yang lain. Pelajar juga diminta agar sentiasa bersikap POSITIF dan TIDAK BERKIRA dalam melaksanakan SMS BERANTAI khususnya & proses menyampaikan informasi umumnya.

Penghargaan
TAHNIAH kepada semua yang telah memberikan kerjasama yang sangat bagus!!

TERIMA KASIH & TERUSKAN BERTINDAK!!

0 comments: