Saturday, May 16, 2009

KAJIAN TINDAKAN SMS BERANTAI (Kitar 1)

SMS BERANTAI (KITAR 1)

Seperti sedia maklum, selaku ketua subjek, saya mengaplikasikan kaedah SMS BERANTAI dalam proses menyalurkan informasi bagi subjek KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN GGGB 5023 . Buat masa ini, 2 kitar (cycles) telah dilaksanakan.

KEPUTUSAN SMS BERANTAI (Kitar 1)

Tarikh: 13/5/9 (Rabu)
Masa: 7.45 pagi-7.45 malam
Pencapaian: 48% (55/115 orang)

Catatan
1) TIADA kumpulan berjaya menyalurkan informasi secara SMS Berantai kepada semua ahli dalam kumpulan masing-masing
2) 1 kumpulan HAMPIR BERJAYA; NAMUN terhenti pada orang ke-2 akhir
3) 1 kumpulan BERJAYA menyalurkan informasi kepada semua ahli kumpulan, TAPI bukan secara SMS Berantai

Sebab-sebab SMS BERantai Kitar 1 kurang berjaya:
a-TIDAK TAHU itu SMS Berantai (sebab tidak tulis kod SMS Berantai)
b-TIDAK SAVE NOMBOR TELEFON ahli kumpulan (yang sepatutnya)
c-TERLUPA nak forward
d-TERTINGGAL telefon
e-MASALAH TEKNIKAL/TALIAN (dah forward tapi tak dapat)
f-Telefon ROSAK

Penambahbaikan
1) SMS Berantai perlu menggunakan KOD (Contoh: SMS BERANTAI KAJIAN TINDAKAN. Sila 4wd)
2) Orang terakhir perlu SMS kepada ketua subjek sebagai makluman kitar selesai bagi kumpulan tersebut
3) Setiap individu perlu SAVE NOMBOR TELEFON AHLI KUMPULAN yang mem-forward & di-forward
4) Setiap individu perlu mempunyai sikap BERTANGGUNG JAWAB & saling BEKERJASAMA

Penghargaan
TAHHNIAH & TERIMA KASIH kepada semua yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik

Nota Kaki
1) Keputusan SMS BERANTAI KITAR 2 (16/5/9) akan diberitahu kemudian
2) 4 kumpulan telah BERJAYA melaksanakan misi SMS Berantai Kitar 2. Tahniah & Terima kasih

0 comments: