Wednesday, May 13, 2009

KAJIAN TINDAKAN TERHADAP SMS BERANTAI

SMS BERANTAI DI KALANGAN PELAJAR DPLI UKM (Januari 2009)

Pengenalan
Kaedah SMS Berantai telah dilaksanakan bagi meyampaikan 1 maklumat kepada 115 orang pelajar DPLI. Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh : 13 Mei 2009 (Bermula pukul 8 pagi)
Organisasi : DPLI UKM (Januari 2009)
Bilangan ahli : 115 orang (8 kumpulan)
Kumpulan 1 (14 orang)
Kumpulan 2 (15 orang)
Kumpulan 3 (14 orang)
Kumpulan 4 (14 orang)
Kumpulan 5 (14 orang)
Kumpulan 6 (15 orang)
Kumpulan 7 (14 orang)
Kumpulan 8 (15 orang)

Pendahuluan
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat di kalangan individu dalam sesebuah kumpulan/organisasi, antaranya:
1.Komunikasi lisan (melalui telefon atau bersemuka)
2.Emel berantai/Yahoo Messenger (YM)
3.SMS berantai

Apa itu SMS Berantai?
SMS Berantai merupakan 1 kaedah untuk menyalurkan maklumat kepada semua individu; terutama dalam kumpulan dan organisasi yang besar & ramai

Apa tujuan SMS Berantai?
1.Menyalurkan maklumat kepada semua individu dalam 1 kumpulan dan organisasi
2.Memastikan maklumat yang disebarkan diterima oleh semua ahli kumpulan dan organisasi
3.Menjimatkan kredit (telefon bimbit) 1 orang hanya perlu SMS 1 orang sahaja (1 SMS; 1-20 sen)
4.Memupuk sikap bertanggung jawab, bersungguh-sungguh, kerjasama, peka, mengambil berat & tidak mementingkan diri sendiri, di dalam diri setiap individu

Apakah ciri SMS Berantai yang berkesan?
SMS Berantai dianggap berkesan sekiranya SMS diterima oleh semua ahli dalam kumpulan, dalam TEMPOH MASA kurang dari 1 JAM

Pelaksanaan
1.Ketua Subjek (Kajian Tindakan) menghantar SMS kepada semua nama pertama dalam senarai nama ahli setiap kumpulan
2.Ahli pertama perlu forward SMS tersebut kepada nama ke-2, nama ke-2 kepada nama ke-3 dan seterusnya
3.Ahli terakhir dalam setiap kumpulan perlu forward semula SMS tersebut kepada nama pertama dalam kumpulan masing-masing, bagi memastikan cycle SMS Berantai lengkap

Keputusan
Kaedah SMS Berantai dalam menyalurkan maklumat kepada 115 orang pelajar dalam DPLI kurang berkesan kerana sehingga pukul 3 petang (mula pukul 8 pagi), masih ada di kalangan ahli kumpulan yang tidak menerima SMS

Kenapa SMS Berantai tidak berkesan?
Beberapa kemungkinan:
1.Telefon tertinggal
2.Tiada kredit (Ahli yang terima SMS & sepatutnya forward SMS tiada kredit)
3.Tidak perasan ada SMS (Ahli yang menerima SMS sibuk & tidak sedar akan ‘kehadiran’ SMS)
4.Tiada ‘line/coverage/signal’ telefon bimbit
5.Tak dapat nak forward SMS sebab tiada nombor telefon ahli yang patut di-forward-kan SMS (senarai nama tertinggal/hilang/missplace)
6.Telefon bimbit rosak (SMS tak boleh baca)
7.Ada di kalangan ahli yang ada 2 nombor/telefon bimbit, telefon tersebut tertinggal, atau
8.Ada 2 sim card, tapi hanya 1 telefon bimbit (tukar-tukar sim card)
9.Sikap manusia yang malas/tidak bertanggung jawab/tidak peka/tidak mengambil berat/mementingkan diri sendiri/sambil lewa /tidak serius
10.Pelaksanaan SMS Berantai dibuat tanpa kerelaan (tapi sebelum ini pernah sebut nak buat)
11.Tidak tahu itu SMS Berantai

Cadangan
1.Nadiah Yusof mencadangkan letak KOD SMS BERANTAI dalam SMS, supaya setiap individu tahu itu SMS Berantai
2.Nik Hidayatul Nursaadah mencadangkan orang terakhir PERLU FORWAD SEMULA SMS kepada Ketua Subjek Kajian Tindakan, bukan nama pertama dalam ahli kumpulan, bagi memaklumkan cycle selesai

Kesimpulan
Mungkin ada cara lain yang lebih baik dalam menyampaikan maklumat. Namun begitu, kaedah SMS Berantai masih boleh diperbaiki sekiranya semua individu mempunyai sikap bertanggung jawab, bersungguh-sungguh, kerjasama, peka, mengambil berat & tidak mementingkan diri sendiri

Penghargaan
Terima kasih kepada semua individu yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang pelaksanaan SMS Berantai pada 13 Mei 2009

Penutup
Sekiranya ada sebarang cadangan berkaitan SMS Berantai atau kaedah (penyampaian maklumat) lain yang lebih berkesan, sila SMS/emel/YM/telefon atau datang berjumpa saya (F2004). Mohon maaf sekiranya menyusahkan anda semua. Terima kasih.

0 comments: